Monday, October 12, 2015

Makan malam yang ohsemm

Hari ni nak update apa yah???

Petang tadi ayah call cakap document yang tak dapat2 tu dah dipos balik ke Kedah. 

Hahahaha ..lawak lah,penat ja aku menunggu and meroyan Kat sini.

Nah -..- blanja abang pos lubang hidung.

Sabtu tu aku Ada pegi pos Ofis Tanya pasal parcel tu tapi akak tu cakap takde jalan lain nak trace melainkan tracking number jugak. So aku dah pasrah sangat dah. Redha ja barang tu nak sampai bila pun. Tup2 rupanya barang tu dah patah balik hahahaha sengal!!! 

Aku tetap bersyukur, sebab barang tu tak hilang. Kira ber tanggungjawab jugak lah kan pos laju pulangkan balik. 

Terima kasih yeh, abang!
"Nanti free cheery blanja abang yeh?"
Kehkehkeh

Balik Dari keje petang tadi, pewut lapar sangat.
Dah tahap kebulur tapi nafsu makan kurang pulak...boleh mcm tu? Hahahah
Eh, betoi Wei...pewut lapar tapi tak rasa nak makan pape. Penah tak korang rasa mcm tu? Ke aku sorang ja mcm tu ? Huhu

Termenung Kat pintu mengenangkan nasib.
Tiba2 angin sepoi2 bahasa dan terpandang daun cili melambai lambai ditiup angin sepoi bahasa tadi. Tingg!! Tingg!! (Dapat idea) aku tahu menu apa nak masak makan malam ni. Hahaha nampak? Ilham dari pokok cili ja..Ko penah???



Aku pun kutip lah daun cili 5 helai kasi cuci (mcm lebih Dari 5 jer). Potong bawang Dan cili.

Tumis dalam kuali bersama ikan bilis sikit,masuk perencah Maggi masuk air, masuk mee maggi, masuk telur, Dan last skali masuk daun cili. Dah masak angkat Dan sedia dihidangkan.  Owh jgn lupa kasi perah limau sikit. Bawu terangkat!! Tapi lagi sedap kalo masak dengan Maggi perisa ayam. Bila gigit daun tu korang akan rasa pedas2 sikit. Sikit ja.


Korang pernah makan daun cili? Sedap Wei, lagi sedap masuk dalam masak lemak cili api. Aku ni akak aku yang ajar. Alkisah, masa tu aku kecik lagi. Akak aku tahap umur remaja lah kan. Akak aku buat udang masak lemak cili api, tapi xde bahan tambahan lain. So, si akak aku ni bijak terlampau sangat dia pun kutip lah daun cili penambah bahan. Huh..sedappp baq ang! Pas kejadian tu kitowang pun dapat idea, tiap Kali nak masak Maggi mesti kutip daun cili. Yelah, nak masak Maggi ja pun tak kan pulun nak g beli sayur kan. Aku tak taw lah daun cili nih berkhasiat ke tak. Tapi memang rasa lain Dari yg lain lah Dan jagan wisau gerenti tak mabuk.hahahah

Tapi...ohsemmm gilerrrr!!!
Korang tak caya?...cer try wat masak lemak.
Jangan ajar anak2 remaja yah, Habislah botak pokok cili korang nanti hahaha.


P/S: macam takdak modai ja nak update hahahah


4 comments:

  1. rupanya kena pos balik ke Kedah ke sis dokumen tu...hahaha..syukur lah selamat..klu tak free2 kena belanja abg posmen choki2... haha..
    amboi sis menggoda sungguh maggie kari...:)

    ReplyDelete
  2. seriusly daun cili sedap? akak tak pernah mkn daun cili. selalunya masak meggi mmg letak cili api terus. gigit cili api mmg heaven.. hehe

    ReplyDelete
  3. ehh.. boleh makan eh daun cili??
    pertama kali dengar nih. hahahaha
    unik sgt. nanti nak cuba jugak lah. hahahaha

    megi memang selalu jadik penyelamat keadaan kan~

    ReplyDelete